Ciri-Ciri Lukisan Oblik


  • Satu daripada permukaannya selari dengan satah bersudut tegak
  • sesuai untuk objek yang pendek dan ketepatan bahagian unjuran tidak berkadaran
  • objek diputarkan pada sudut tertentu

Kelebihan Lukisan Oblik

  • mudah dilukis berbanding isometrik
  • menggunakan satu sudut sahaja iaitu samaada sudut 30, 45 atau 60 darjah

Kelemahan Lukisan Oblik

  • tidak memperlihatkan ketepatan penglihatan
  • tidak sesuai untukj objek yang panjang seperti rel
  • sudut unjuran besar, bahagian unjuran pendek
  • sudut unjuran kecil, bahagian unjuran menjadi panjang
Lukisan Oblik

Jenis-Jenis lukisan oblik

secara umumnya, terdapat tiga jenis lukisan oblik. Antaranya ialah :

  • Oblik kavalier (saiz penuh)
  • Oblik kabinet (setengah dari saiz penuh)
  • Oblik am (3/4 dari saiz penuh)
Ciri-Ciri Bulatan Pada Isometrik

Didalam kesemua rataan isometrik, bahagian yang berbentuk bulatan akan berupa elips


Paksi Lukisan Isometrik

  • Dilukis berdasarkan tiga paksi asas iaitu paksi tegak dan dua paksi condong
  • Paksi A ialah paksi tegak yang bersudut 90 darjah dengan datah mendatar
  • Paksi B dan paksi C ialah paksi condong yang bersudut 30 darjah dengan satah mendatar di sebelah kiri dan kanan paksi menegak
Cara melukis paksi isometri
  • lukiskan satu garisan mendatar

  • lukiskan paksi menegak 90 darjah di atas paksi mendatar tersebut
  • lukiskan paksi condong 30 darjah di sebelah kanan dan kiri satah menegak tadi

  • gambar yang telah siap



Isometrik
pengenalan

Terdapat dua jenis isometrik iaitu :

  • lukisan isometrik
  • unjuran isometrik

kedua-dua isometrik ini boleh dibezakan melalui ukuran sisi objek :
  • lukisan isometri disiapkan menggunakan skala biasa 1:1
  • unjuran isometri disiapkan menggunakan skala isometri (skala khas 80%, pada garisan isometri sahaja)

Apa itu lukisan isometrik?

lukisan isometrik adalah lukisan bergambar yang menunjukkan tiga dimensi iaitu kelebaran, kedalaman dan ketinggian serta ia dapat memperlihatkan tiga pandangan iaitu pandangan atas, pandangan sisi, dan juga pandangan hadapan secara serentak (Dewan Bahasa Dan Pustaka, 1993)


jenis -jenis pandangan


sila klik paksi lukisan isometrik untuk meneruskan pembacaan


Unjuran sudut ketiga


Pengenalan
Unjuran sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Dalam lukisan unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah – satah utamanya dari arah pandangan hadapan, pandangan atas (pelan) dan pandangan sisi.

Ciri-ciri  unjuran sudut ketiga
Pandangan unjuran sudut ketiga dijelaskan bahawa arah pandangan atas(pelan) berada di bahagian atas dan selari dengan pandangan hadapan di bahagian bawah manakala pandangan pada bahagian sisi pula berada di bahagian sebaris secara mendatar dengan pandangan hadapan

Kedudukan arah pandangan dalam unjuran sudut ketiga

unjuran sudut ketiga

Symbol  unjuran sudut ketiga


Contoh lukisan untuk unjuran sudut ketiga






Pandangan dalam sudut unjuran ketiga
                     A = pandangan hadapan
                     B = pandangan sisi
                     C = pandangan atas (pelan)
                    

Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil seperti :

unjuran sudut ketiga yang telah dibentangkan




Lukisan Unjuran Ortografik

Pengenalan
Unjuran : memanjangkan
Ortho : lurus bersudut tepat
Grafik : tulisan atau lukisan

Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untak memaparkan bentuk lukisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan.

 Tujuan unjuran lukisan ini untuk membentuk beberapa pandangan seperti :
  • Pandangan atas ( pelan )
  • Pandangan  hadapan
  • Pandangan sisi

Terdapat 2 jenis lukisan ortografik :
  •            Pandangan unjuran sudut pertama
  •          Pandangan unjuran sudut ketiga

Perbezaan unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga
1.    Kedudukan arah pandangan
Ø  Arah pandangan sudut ketiga
o   Pandangan atas di atas pandangan hadapan
o   Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi

Unjuran sudut ketiga


    Ø  Arah pandangan sudut pertama
o   Pandangan atas di bawah pandangan hadapan

o   Pandangan hadapan di sebelah pandangan sisi


Unjuran sudut pertama

            2.    Symbol

      
Unjuran sudut ketiga



Unjuran sudut pertama











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...