Unjuran sudut ketiga
Pengenalan
Unjuran
sudut ketiga kadang kala dikenali juga sebagai unjuran Amerika. Dalam lukisan
unjuran sudut ketiga, objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut
ketiga. Satah – satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah – olah diperbuat
daripada bahan lutcahaya untuk membolehkan objek itu dilihat menembusi satah –
satah utamanya dari arah pandangan hadapan, pandangan atas (pelan) dan
pandangan sisi.
Ciri-ciri unjuran sudut
ketiga
Pandangan unjuran sudut ketiga dijelaskan bahawa arah pandangan
atas(pelan) berada di bahagian atas dan selari dengan pandangan hadapan di
bahagian bawah manakala pandangan pada bahagian sisi pula berada di bahagian
sebaris secara mendatar dengan pandangan hadapan
Kedudukan arah pandangan
dalam unjuran sudut ketiga
![]() |
unjuran sudut ketiga |
Symbol unjuran sudut ketiga
Contoh lukisan untuk
unjuran sudut ketiga
Pandangan dalam sudut
unjuran ketiga
A = pandangan hadapan
B = pandangan sisi
C = pandangan atas (pelan)
Apabila lipatan
pada satah setiap pandangan itu dibuka dan dibentangkan menjadi satu rataan
sahaja, lukisan ortografik sudut ketiga akan terhasil seperti :
unjuran sudut ketiga yang telah dibentangkan
No comments:
Post a Comment